Friday, December 2, 2022

Jonathan Nyepa raja pecut

Secara Rawak

BINTANG pecut Sarawak, Jonathan Nyepa muncul juara Kejohanan Olahraga Asia Tengah 2022 di Samarkand, Uzbekistan baru-baru ini.

Manakala pelari pecut negara, Halim Jantan tampil naib juara, diikuti pelumba Uzbekistan di tangga ketiga.

Jonathan mencatat kepantasan 10.55 saat, manakala Hafiz 11.06 saat. Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah bangga dengan kejayaan tersebut.

“Tahniah buat Jonathan. Ia merupakan kejayaan yang membanggakan. “Ini menunjukkan atlet kelahiran Bumi Kenyalang kini bertaraf dunia,” kata Karim, dalam satu hantaran perkongsiannya di laman media sosial Facebook.

Kejohanan tersebut disertai 230 atlet dari tujuh buah negara, termasuk Malaysia. Jonathan merupakan pelari Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Namun prestasinya agak kurang konsisten

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru