Saturday, December 3, 2022

Banyakkan peluang ekonomi

Secara Rawak

MUKAH: Timbalan Menteri Integriti dan Ombudsman Datuk Dr.Juanda Jaya mahu pembangunan kegiatan ekonomi dan pembangunan infrastruktur luar bandar menjadi fokus Kerajaan Persekutuan dalam menggariskan Bajet 2023 akan datang.

Katanya, rakyat masa kini amat tertekan dari segi ekonomi dan juga kesan dari inflasi. “Jalan penyelesaian terbaik kerajaan harus memperbanyakkan tempat aktiviti bagi ekonomi untuk tumbuh dan terus berkembang.

“Misalnya melalui pelbagai usaha, bantuan dan khidmat nasihat secara susulan, beliau pasti usaha itu bakal berhasil,” katanya ketika dihubungi Suara Sarawak.

Beliau yakin dengan wujudnya banyak tempat bagi aktiviti ekonomi itu, rakyat akan mudah untuk berdikari dan membantu mereka keluar daripada kesempitan ekonomi dan juga kesan inflasi.

Menurut Adun Jemoreng itu, beliau mencadangkan kepada Kerajaan Persekutuan memberi penekanan kepada pembangunan kemudahan asas khususnya di kawasan luar bandar. “Ini termasuklah perkara berkaitan telekomunikasi, kemudahan pertanian moden dan juga kemudahan untuk nelayan.

“Perkara seperti itu akan memberi jalan penyelesaian kepada masalah bersangkutan ekonomi penduduk. “Kemudahan-kemudahan ini akan menyuburkan kegiatan ekonomi penduduk terutamanya di kawasan luar bandar,” tegasnya lagi.

Bajet yang bakal dibentangkan pada 7 Oktober 2022 ini dijangkakan bakal mempunyai peruntukan lebih berbanding tahun sebelumnya akibat fokus terhadap pemulihan ekonomi negara.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru