Friday, December 2, 2022

Bajet 2023: Sarawak wajar dapat peruntukan lebih besar

Secara Rawak

BELAWAI: Sarawak wajar mendapat peruntukan yang lebih besar menerusi pembentangan Bajet 2023 yang bakal dibentangkan di Parlimen pada Jumaat depan.

Ahli Parlimen Tanjong Manis, Ir. Yusuf Abdul Wahab berkata, pada 2022, Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM4.6 bilion kepada negeri ini dan jumlah berkenaan wajar dinaikkan.

“Tambahan peruntukan itu amat penting bagi memastikan kelangsungan pembangunan dapat diteruskan khususnya di kawasan pedalaman dan luar bandar Sarawak.

“Kita mengharapkan dapat lebih RM5 billion kerana Sarawak masih lagi memerlukan banyak peruntukan untuk membangunkan negeri,”katanya seperti dilapor TVS.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) di Kampung Belawai hari ini.

Untuk rekod, sebanyak RM5.16 bilion diperuntukkan untuk Sabah iaitu tambahan RM104 juta berbanding 2021 manakala, Sarawak pula sebanyak RM4.67 bilion iaitu peningkatan sebanyak RM158 juta.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru