Saturday, December 3, 2022

Warga emas didakwa bunuh adik, dibebas tanpa dilepas

Secara Rawak

KUCHING: Lelaki warga emas dibebaskan dengan jaminan polis berkaitan kes membunuh adik kandungnya berusia 49 tahun di Jalan Landeh, 19 September lalu.

Majistret Zubaidah Sharkawi menetapkan suspek berusia
 60 tahun itu dibebas dengan jaminan polis.

Mahkamah Sesyen memutuskan suspek dilepas tanpa dibebaskan.

Hakim Mohd Taufik Mohd @ Mohd Yusoff membuat keputusan itu setelah menerima permohonan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Aiman Mutallib Mohamad Shariff.

Pihak pendakwaan memohon suspek dilepas tanpa dibebaskan kerana polis masih menjalani siasatan bagi kes bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan, yang melibatkan mangsa yang sama.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru