Saturday, December 3, 2022

Tingkatkan gaji pekerja

Secara Rawak

KUCHING: Kerajaan Sarawak komited mencari cara meningkatkan gaji penjawat awam agar setimpal selagi pendapatan negeri meningkat.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada sesi Dialog Awam bersama-sama Penjawat Awam Sarawak berpendapat, gaji penjawat awam setakat ini tidak memadai.

“Anda doakanlah semoga pendapatan Sarawak meningkat kerana apabila kita mempunyai kewangan sendiri, ia pasti boleh dilakukan,” ujar Abang Johari.

Beliau berkata, jika ada pendapatan lebih, aspirasi meningkatkan gaji ini dapat dilaksanakan dengan adanya pendapatan lebih kerajaan.

“Justeru, kami sebagai kerajaan perlu bekerja lebih keras mencari sumber kewangan tambahan,” kata beliau.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru