Saturday, December 3, 2022

Sistem pentadbiran tanah Sarawak bawah JTS terbaik

Secara Rawak

SARIKEI: Jabatan Tanah dan Survei (JTS) diiktiraf sebagai antara terbaik di dunia dalam mengurus sistem pentadbiran tanah Sarawak.

Ini semua komitmen padu kakitangannya sebagai penyumbang kejayaan tersebut.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan semasa menyempurnakan majlis penyerahan cek pampasan tanah projek Jalan Merudu Dan Sungai Baji berkata, anugerah dan pengiktirafan istimewa itu diterima pada persidangan di Santiago, AS baru-baru ini.

Awang Tengah pada majlis tersebut menyampaikan 203 cek berjumlah RM7,997,859.87 disampaikan kepada seramai 162 penerima.

Pelaksanaan projek Jalan Merudu dan Sungai Baji Sarikei itu memberi manfaat kepada warga Merudu, Baji, Sari dan sekitarnya, selain memudahkan warga tani memasarkan hasil pertanian ke pusat bandar Sarikei.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru