Saturday, December 3, 2022

Serah keputusan kepada parti

Secara Rawak

KUCHING: Timbalan Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Datuk Aaron Ago Dagang menyerahkan keputusan mempertahankan kerusi Kanowit pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kepada pucuk kepimpinan parti.

Bagaimanapun beliau enggan menjawab soalan pemberita sekiranya parti tersebut telah memuktamadkan senarai nama calon bagi pencalonan kerusi Parlimen pada PRU-15.

“Kita serahkan (keputusan) itu kepada parti nanti,” jawabnya kepada pemberita pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Pegawai Kerja Sosial Perubatan (PKSP) Malaysia Ke-25 di sini, semalam.

Terdahulu, Aaron yang juga Timbalan Menteri Kesihatan II telah mengadakan sidang media selepas merasmikan Persidangan PKSP Malaysia Ke-25 di sini.

Sebelum dipilih ke Parlimen, Aaron merupakan Setiausaha Politik kepada Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Amar Leo Moggie.

Beliau kemudian bertanding bagi kerusi Kanowit pada PRU 2004 menggantikan Moggie yang tidak bertanding dan mengekalkan kerusi Kanowit pada PRU-12 (2008) dengan menang tanpa bertanding.

Pada PRU-13 (2013), Aaron berjaya mempertahankan Kanowit selepas mengalahkan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Thomas Laja Besi.

Aaron turut kekal sebagai Ahli Parlimen Kanowit setelah mengalahkan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Satu Anchom pada PRU-14 (2018). Beliau memegang selama empat penggal kerusi Parlimen Kanowit sejak 2018 hingga kini.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru