Friday, December 2, 2022

Seorang lelaki maut, seorang cedera parah dalam kemalangan

Secara Rawak

BINTULU: Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera parah apabila kereta pacuan empat roda yang dinaiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori sawit 10 tan di Batu 8, Jalan Pan Borneo Bintulu-Miri awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata sebelas anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Bintulu dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan sekitar jam 3.12 pagi.

Pasukan Bomba yang tiba di lokasi kejadian bertindak mengeluarkan kedua-dua mangsa yang masih tersepit menggunakan rescue tool dalam kenderaan pacuan empat roda terbabit.

Keadaan kenderaan pacuan empat roda dan lori sawit yang terlibat dalam kemalangan di Batu 8 Jalan Pan Borneo Bintulu- Miri, awal pagi tadi.

Mangsa yang dikenali sebagai Alexander Adolf Anyi Chua Heng Chai berusia 20 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan selepas mengalami kecederaan parah di kepala.

Sementara, rakannya, Kennedy Beru, 21, mengalami cedera parah dan tidak sedarkan diri dikejarkan ke Hospital Bintulu menggunakan ambulan Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) untuk tindakan selanjutnya.

Manakala, pemandu dan kelindan lori sawit pula hanya mengalami kecederaan ringan.

Operasi tamat sepenuhnya pada jam 4.20 pagi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru