Saturday, December 3, 2022

Penjawat awam jangan teragak-agak nasihat menteri

Secara Rawak

KUCHING: Penjawat awam golongan yang bekerja di lapangan dan pandangan mereka penting merangka dasar atau membuat keputusan baharu bagi kerajaan.

Justeru, penjawat awam di Sarawak tidak perlu teragak-agak memberi nasihat kepada menteri terutama yang berkaitan perkara dasar.

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata penjawat awam jentera kerajaan dan mereka individu yang pintar, justeru mereka diminta menasihati menteri berkaitan perkara yang perlu dilakukan.

Berucap pada sesi dialog awam dihadiri lebih 700 penjawat awam pada sesi bersama Premier Sarawak itu, Abang Johari berkata, penjawat awam harus memberikan menteri maklum balas dengan menteri menganalisis dan ia mencari penyelesaian bersama sebagai cara untuk terus bergerak ke hadapan.

Beliau menyifatkan hubungan kerja erat antara pemimpin negeri dengan penjawat awam penting, memastikan agenda kerajaan berjaya.

Beliau memberi contoh pada kejayaan agenda ekonomi digital Kerajaan Sarawak.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru