Saturday, December 3, 2022

Miliki peluru hidup tanpa lesen, lelaki didenda RM1,000

Secara Rawak

SIBU: Miliki peluru hidup tanpa lesen, lelaki dikenakan hukuman RM1,000 dan jika gagal membayarnya, dikenakan sebulan penjara.

Hakim Marutin Pagan di Mahkamah Sesyen mensabitkan kesalahan terhadap Jagai Jelian, 38, atas pengakuan bersalahnya bagi pertuduhan mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960 pada Khamis.

Pendakwaan kes dibuat oleh Timbalan Pendakwa Raya Heng Yi Min.

Jagai didakwa memiliki 21 butir peluru hidup tanpa lesen sekitar 4 petang pada 26 September 2022 di sebuah rumah panjang di Ulu Pasai Siong.

Berdasarkan fakta kes, Jagai berselisih faham dengan isterinya pada hari kejadian.

Bimbang tindakan Jagai, isterinya menyerahkan senapang patah buatan sendiri di Balai Polis Sibu Jaya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru