Saturday, December 3, 2022

Lima jalan utama di Padang Merdeka ditutup sempena Kuching Marathon 2022

Secara Rawak

KUCHING: Lima jalan utama di sekitar kawasan Padang Merdeka akan ditutup bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaran terhadap persediaan Kuching Marathon 2022 yang akan berlangsung pada Ahad (2 Oktober).

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, penutupan jalan-jalan terbabit akan dilaksanakan bermula jam 11 malam pada Sabtu (1 Oktober).

“Ia bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pemasangan pintu gerbang permulaan dan penamat larian.

KERJASAMA…Polis IPD Kuching diketuai ACP Ahsmon Bajah (tengah) menunjukkan kenyataan sah penutupan beberapa jalan utama di sekitar Padang Merdeka.

“Jalan-jalan yang terlibat adalah Jalan Tun Abang Haji Openg, Jalan Pearl, Jalan Barrack, dan Jalan Wawasan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Tambahnya, sebanyak 11 laluan akan ditutupkan pada hari sama bermula jam 11.30 malam sehingga 10 pagi (2 Oktober).

Antaranya, persimpangan jalan Main Baazar atau Lebuh Wayang, Jalan Gambier, Jalan Borneo, Jalan Abell ke Jalan Padungan, Jalan Padungan dari arah bulatan Sri Aman, Lampu Isyarat RTM, Jalan Haji Taha, Jalan Khoo Hun Yeang, Jalan Masjid, Tugu Kuching, dan lampu isyarat St. Mary menghala ke lebuh wayang dan Jalan McDougall.

TUTUP…Pelan penutupan dan lencongan jalan sempena Kuching Marathon 2022.

Beliau pada masa sama menasihatkan agar para pengunjung yang bakal hadir ke lokasi untuk tidak meletakkan kenderaan di sepanjang laluan perlumbaan.

“Adalah dinasihatkan untuk meletakkan kenderaan di lokasi-lokasi di Reservior Park, Taman Budaya, Green Hill, bangunan Saujana, medan kereta Top Spot, Dewan Suarah, medan letak kereta padang Jublee MBKS,” jelasnya.

Justeru, beliau turut menasihatkan agar orang ramai merancang perjalanan dan memilih laluan alternatif bagi mengelakkan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas sepanjang penutupan lencongan jalan.

Dijangka seramai 9,500 orang peserta daripada dalam dan luar negara akan mengambil bahagian dalam acara Kuching Marathon terdiri daripada empat kategori iaitu Full Marathon (42km), half (21km), 10km, dan Fun Run (5km).

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru