Friday, December 2, 2022

Jawatankuasa pengurusan trafik Sutmac, tangani masalah trafik di bandar

Secara Rawak

KUCHING: Kerajaan Sarawak meluluskan pembentukan Jawatankuasa Pengurusan Trafik Bandar Sarawak (Sutmac) pada 25 Ogos lepas, bawah Kementerian Pengangkutan Sarawak.

Jawatankuasa pengurusan trafik bandar ini dibentuk bagi membincang dan menyelaras isu yang menjejaskan aliran trafik dan pergerakan pengangkutan di kawasan bandar negeri ini.

Menteri Pengangkutan Negeri Datuk Seri Lee Kim Shin dalam kenyataannya berkata, projek perumahan yang dibina di andar, menyebabkan hanya sedikit ruang untuk kenderaan bergerak yang menyumbang kesesakan.

Lee menyifatkan Sutmac menjadi forum kepada semua pihak berkepentingan mewujudkan pergerakan orang ramai dan barangan dengan selamat, teratur dan cekap, pada masa yang sama melindungi alam sekitar.

Bagi beliau, Sutmac akan menilai isu trafik dan mengesyorkan program, projek dan inisiatif bersepadu dan selaras untuk menyelesaikan masalah yang timbul.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru