Saturday, December 3, 2022

Impak positif penstrukturan semula

Secara Rawak

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menzahirkan perasaan berpuas hati dengan prestasi Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS) sejak penstrukturan semula unit itu pada 22 Jun 2017.

Beliau berkata, penstrukturan semula berkenaan memberikan impak positif apabila UKPS dapat berkembang pesat daripada pelbagai aspek.

“Ia termasuk penambahan aset, infrastruktur dan modal insan yang merangkumi penugasan operasi di darat dan di laut selari hasrat rakyat dan keperluan keselamatan Sarawak semasa.

“UKPS juga dapat meningkatkan usaha agensi keselamatan yang lain dalam kawalan keselamatan Sarawak dengan lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Jamuan Malam Beristiadat UKPS 2022 di Dun Sarawak.

Majlis itu bertemakan Towards Ubiquitous Security, satu tema yang berwawasan dan berani, berpandangan jauh dan berperspektif yang luas.

Jamuan malam beristiadat itu juga bertujuan mewujudkan identiti organisasi, semangat setia kawan serta melahirkan pegawai budiman.

Sementara majlis tersebut telah dihadiri seramai 58 pegawai UKPS serta pasangan dan beberapa tetamu jemputan.

Hadir sama, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Sri Dr Sim Kui Hian, Speaker Dun Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Sri Mohamad Abu Bakar Marzuki, Pengarah UKPS, Datuk Dr Chai Khin Chung serta tetamu lain.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru