Saturday, December 3, 2022

Harga 30 peratus murah

Secara Rawak

MUKAH: Program Jualan Murah Keluarga Malaysia (JMKM) di Dun Semop dan Dun Daro mendapat sambutan hangat daripada penduduk setempat.

Ini merupakan kali kedua program tersebut berlangsung di Dun Semop.

Ketua Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (PPDNHEP) Cawangan Mukah, Salihin Den berkata, seperti kebiasaan harga barangan seperti beras, gula, minyak masak paket, tepung gandum dan telur ayam dikurangkan harga dikurangkan 30 peratus.

“Bagi kawasan Semop, Premis Kiong Lee (K.L Semop) merupakan rakan strategik kita. Rata-rata pengunjung yang ditemui semasa program ini amat menghargai penganjuran program malah ada dalam kalangan mereka yang mencadangkan program ini dilaksanakan dengan lebih kerap.

“Sekiranya pengguna yang terlepas peluang pada kali ini, mereka boleh merancang untuk ke program JMKM akan diadakan pada 29 September bermula 10 pagi hingga 4 petang di Belily Enterprise, Penibong,” katanya,

Bagi Program JMKM di Dun Daro, ia diadakan di Long Heng Mini Market dan merupakan kali keempat berlangsung di Dun Daro.

Program kali ini turut dihadiri Adun Daro Safiee Ahmad.

Safiee berterima kasih kepada Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) kerana menganjurkan program seperti itu kerana yang sangat membantu penduduk Daro untuk mendapatkan barang keperluan asas dengan harga rendah.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru