Saturday, December 3, 2022

Guru temui ular tedung di dalam beg pelajar

Secara Rawak

SHAJAPUR: Dalam kejadian menakutkan, seekor ular tedung ditemui bergulung di dalam beg galas pelajar sekolah di Madhya Pradesh.

Menurut ciapan dari akaun Twitter Karan Vashistha, kehadiran ular itu di ketahui selepas pelajar perempuan itu memberitahu dia merasakan seperti ada sesuatu yang bergerak di dalam beg galasnya.

Vashistha berkongsi video yang menunjukkan guru membuka zip beg sekolah dan mengeluarkan semua buku dalam usaha mengeluarkan ular itu.

Pada penghujung video itu menunjukkan seekor ular tedung yang besar merayap keluar dari beg tersebut membuat semua orang meremang bulu roma melihatnya.

Nasib baik tiada sesiapa yang cedera semasa kejadian itu, kata Vashistha pada akhir ciapannya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru