Saturday, December 3, 2022

Ekonomi Malaysia kukuh dan stabil

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia kukuh dan stabil, walaupun diancam ketidakstabilan ekonomi global.

Kerajaan sentiasa mengambil langkah proaktif mengawal pergerakan ekonomi semasa bagi memelihara kesejahteraan Keluarga Malaysia.

Menurut Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, kerajaan dengan kerjasama sektor swasta dan awam berjaya menyokong perniagaan tempatan dan merangsang ekonomi melalui dasar responsif dan bertanggungjawab serta menyokong pertumbuhan ekonomi negara pada kadar 8.9 peratus dengan kadar pengangguran 3.7 peratus.

Pada Laporan Kewangan Rakyat (LKR) Ke-113, Tengku Zafrul berkata, kerajaan bertekad mencapai aspirasi negara ke arah negara berpendapatan tinggi menjelang 2025, mengurangkan intensiti pelepasan gas rumah hijau sehingga 45 peratus KDNK menjelang 2030, menjadi negara rendah karbon menjelang 2040, seterusnya mencapai karbon sifar menjelang 2050.

Nilai aset alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dijangka mencecah AS$53 trilion menjelang 2025.
Tengku Zafrul berkata, Bank Dunia menyemak semula unjuran KDNK Malaysia bagi 2022 daripada 5.5 peratus sebelum ini kepada 6.4 peratus.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru