Saturday, December 3, 2022

Denda RM2,000 kes tipu jualan dalam talian

Secara Rawak

KUCHING: Miliki wang RM3,000 secara tidak sah dalam akaun peribadi wanita dari Selangor berusia 28 tahun dijatuhi hukuman denda RM2,000 atau penjara dua minggu oleh Mahkamah Majistret.

Tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 37(1) Ordinan Kesalahan Kecil Sarawak 1958

Pendakwaan menyebut tertuduh memiliki wang tersebut di akaun bank miliknya dikaitkan dengan kes penipuan jualan dalam talian.

Pengadu melihat iklan di Facebook berkaitan tawaran kerja sementara sebagai agen aplikasi jualan dalam talian seperti Shopee, Lazada dan Zalora.

Pengadu berurusan dengan wanita bernama Jessie Ng melalui aplikasi WhatApps berkaitan tawaran terbabit.

Pengadu diberi tautan untuk pendaftaran dan tugasan yang diberi selain diarahkan membuat pembayaran produk berpandukan harga produk ke dalam akaun diberi.

Pengadu juga diarah membuat bayaran bagi menaikkan kedudukan Shopee.

Menyedari diri ditipu, pengadu kemudian membuat laporan polis untuk tindakan dan siasatan lanjut.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru