Saturday, December 3, 2022

Bangunkan industri pelancongan tempatan

Secara Rawak

KOTA SAMARAHAN: Koperasi Belia Inovatif Sarawak (KOBIS) bersama dengan BIMP-EAGA Young Entrepreneur’s Chamber (BYEC) telah menganjurkan Kenyalang Tourism Booster 2022 Samarahan dengan sokongan Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak.

Menurut kenyataan medianya, penganjuran program tersebut adalah untuk meningkatkan industri pelancongan negeri khususnya segmen pelancongan sukan, pelancongan marin, pelancongan kebudayaan dan agropelancongan.

Oleh kerana Malaysia telah pun memasuki Fasa Pemulihan, inisiatif Kenyalang Tourism Booster ini dianjurkan untuk membangunkan industri pelancongan, seni tempatan dan juga membantu usahawan tempatan.

Untuk tahun 2022, program ini akan diadakan di tiga lokasi iaitu di Kota Samarahan pada 24 sehingga 25 September; Mukah pada 22 sehingga 23 Oktober; dan Niah pada 26 sehingga 27 November.

Antara aktiviti yang dianjurkan termasuk Forum KTB bagi Pelancongan Agro, gerai pameran, Homestay Socmed Challenge, Persembahan Gendang dan Seni Silat, Karnival Sukan Rakyat, Traditional Homecook Challenge, Digital Marketing Workshop.

Semua aktiviti ini dilakukan secara fizikal dan juga hybrid, selari dengan hashtag (#) Digital, Viritual, Online and Hybrid Community bagi memupuk dan mencetus Bangunkan industri pelancongan tempatan aura positif dalam kalangan komuniti dan pemain industri.

Dalam pada itu, Pengerusi Koperasi Belia Inovatif Sarawak (KOBIS), Zaiwin Kassim berharap agar inisiatif ini mendapat sambutan yang positif dan memberi rangsangan kepada industri pelancongan dan seni secara digital dan hibrid, lebih-lebih lagi dalam pelancongan sukan, marin, ekonomi dan budaya.

Jelasnya, sambutan positif daripada orang ramai bukan sahaja mampu memberi suntikan kepada ekonomi namun turut merapatkan hubungan antara keluarga dengan menyertai aktivitia-ktiviti yang dianjurkan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru