Friday, December 2, 2022

Apabila ayam dan monyet berkelahi

Secara Rawak

Baru-baru ini video yang menunjukkan aksi dua haiwan berkelahi menjadi perhatian netizen media sosial.

Dalam video yang agak melucukan itu, seekor ayam di lihat cuba “membunuh” seekor monyet ke bawah tebing dengan cara menolaknya.

Ayam itu dilihat datang ke arah seekor monyet yang duduk bersantai di tepi tebing, mengagumi keindahan alam semula jadi.

Tiba-tiba, ayam itu mula menyerang monyet dan kemuncaknya ia cuba ‘menolaknya dari tebing’.

Tetapi, monyet itu melawan dan bertindak menampar ayam.

Mereka terus bergaduh sengit tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.

Klip itu dikongsi di Instagram ‘animalsinthenaturetoday’

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru