Friday, December 2, 2022

Nenek 63 tahun tangkap pencuri bersenjatakn tukul besi

Secara Rawak

GLASGOW: Di sebalik berusia 63 tahun, seorang wanita bernama Roseann Gibson masih mempunyai kekuatan luar biasa.

Dia mendapat pujian selepas berjaya melawan pencuri, malah turut duduk di atas badan suspek sehingga polis tiba untuk menahannya.

Rakaman CCTV yang kini tular di media sosial menunjukkan insiden mencemaskan di kedai milik Roseann.

Seorang lelaki bertopeng dilihat memasuki kedai majalah milik wanita tua itu.

Pencuri itu bersenjatakan tukul besi, namun Roseann yang hanya setinggi 4 kaki 11inci itu ternyata tidak gentar melihatnya.

Roseann dengan berani bertindak menolak suspek itu ke lantai dan memberi ruang kepada anak saudaranya bernama Christopher menahannya di lantai.

Seorang pelanggan pula membantu mengambil tukul dari pencuri itu ketika Roseann dan Christopher bertindak menahannya.

Selepas menonton CCTV tersebut, Roseann mengaku dia juga terkejut melihat aksinya sendiri dan menurutnya sejak insiden itu dia menjadi lebih berhati-hati dengan setiap pergerakannya terutama semasa berada di kedainya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru