Saturday, December 3, 2022

Pemuda ugut bunuh ibu

Secara Rawak

SIBU: Mahkamah Majistret di sini, semalam menjatuhi hukuman penjara 12 bulan terhadap seorang pemuda kerana melakukan ugutan bunuh terhadap ibunya.

Majistret Mohd Syukri Mokhtar menjatuhkan hukuman itu terhadap Roy Layang, 30, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Kesalahan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun, atau dengan denda, atau kedua- duanya, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, tertuduh telah mengugut untuk membunuh ibunya Rosita Jamme, 51, di sebuah rumah panjang di Pasai Siong pada kira-kira jam 8.45 pagi pada 23 September 2022.

Disebabkan bimbang akan keselamatannya, Rosita membuat laporan polis yang menjurus kepada penahanan Roy sekitar jam 7.10 malam pada hari yang sama.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Muhamad Ali Hussain manakala Roy tidak diwakili peguam.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru