Friday, December 2, 2022

Lori treler bawa minyak masak terbakar di Bintulu

Secara Rawak

BINTULU: Sebuah lori treler membawa muatan minyak masak terbakar dalam satu kejadian di Jalan Bintulu Tatau di sini, malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pada pukul 12.41 tengah malam.

Pasukan bomba berusaha memadam kebakaran melibatkan lori yang membawa muatan minyak masak di Jalan Bintulu Tatau, semalam.

“Setibanya di lokasi bomba mendapati kebakaran membabitkan sebuah lori lima tan. Kejadian mengakibatkan kenderaan itu terbakar 100 peratus,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, bomba berjaya memadam kebakaran tersebut dengan menggunakan aliran air jentera selain bantuan dari tanker air Pan Borneo.

“Setelah memastikan kebakaran padam sepenuhnya dan keadaan selamat, anggota bertolak balik ke balai.

“Kejadian ini tidak melibatkan kemalangan jiwa atau kecederaan,” katanya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru