Friday, December 2, 2022

S’wak peruntuk RM48 juta untuk skim bantuan sewa kediaman

Secara Rawak

KUCHING: Kerajaan Sarawak memperuntuk RM48 juta untuk Skim Bantuan Sewa Kediaman (SRAS) yang dijangka memberi manfaat kepada sekitar 20,000 isi rumah layak.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) Sarawak Mohamad Asman Ahmad, syarat kelayakan pendapatan isi rumah bagi permohonan SRAS kini dinaikkan kepada RM3,500 sebulan daripada RM2,131 sebelum ini.

Mohamad Asman dalam kenyataan pada Selasa berharap, kenaikan syarat kelayakan pendapatan isi rumah ini dapat membantu meringankan beban kewangan ditanggung
golongan berpendapatan rendah terutama golongan miskin bandar.

Permohonan SRAS – skim bantuan sewa RM200 sebulan, selama 36 bulan atau tiga tahun maksimum itu dibuka kepada penyewa yang bekerja di Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri.

Kriteria permohonan SRAS ialah warganegara Malaysia, pemastautin tetap Sarawak dan memiliki Mykad berstatus ‘K’, berumur 21 tahun ke atas, berkahwin, bapa atau ibu tunggal.

Penyewa berminat boleh mendapatkan maklumat dan memuat turun borang permohonan SRAS di laman sesawang HDC https://hdc.sarawak.gov.my atau hubungi HDC di talian 082-444381.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru