Wednesday, November 30, 2022

Sarawak wajar dapat peruntukan bajet lebih besar

Secara Rawak

KUCHING: Sarawak layak mengharapkan agihan peruntukan lebih besar pada pembentangan Belanjawan 2023 Kerajaan Persekutuan awal Oktober ini, sesuai dengan keluasan yang hampir menyamai Semenanjung Malaysia.

Timbalan Menteri Kesejahteraan Komuniti Mohammad Razi Sitam berharap Sarawak tidak diberi sama peruntukan dengan bajet diterima seperti negeri lain yang jauh lebih kecil seperti Perlis, Kedah dan Melaka.

Bercakap selepas merasmikan Program ToT (Pengenalan) Skuad Antidadah For Tomorrow Leaders Razi yang juga Adun Saribas berkata, Sarawak wajar mendapat agihan lebih besar, melihat kepada semangat pembentukan Malaysia dahulu.

Menurut beliau, sumber minyak dan gas yang diurus oleh syarikat gergasi negara datang dari Bumi Kenyalang, jadi wajar Sarawak mendapat agihan berlipat kali ganda membangunkan wilayah Sarawak.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru