Friday, December 2, 2022

Puad: Trak Rafizi datang bawa fitnah

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Datuk Puad Zarkashi menggelar Rafizi Ramli sebagai “hipokrit” kerana berkempen menggunakan trak ‘Ayuh Malaysia’ walaupun berdepan risiko banjir.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno itu, berkata  Timbalan Presiden PKR itu sebelum ini menuduh Umno sebagai sanggup meredah banjir demi mendapatkan kuasa.

“Itu kempen apa? Kempen politik. Kempen untuk apa? Sudah tentu untuk menang PRU (pilihan raya umum) dan dapat kuasa. Hipokritnya Rafizi.

“Ketika banjir melanda Batu Pahat, ada traknya datang membawa bantuan untuk mangsa banjir. Traknya datang bawa fitnah,” katanya di Facebook.

Awal bulan ini, lebih 600 mangsa di Batu Pahat, Johor, dipindahkan susulan hujan lebat dan air pasang sehingga menyebabkan kawasan rendah dinaiki air.

Komen Puad susulan hantaran Rafizi di Facebook, baru-baru ini; “Hujan tak berhenti sejak pagi tadi. Kalau berterusan sejam dua lagi, akan ada tempat yang kena banjir kilat”.

Katanya, ahli Umno sanggup meredah banjir demi membantu mangsa, manakala Rafizi meredah banjir kerana traknya kalis air.

“Bukan bawa bantuan tetapi sarat dengan cerita bohong,” dakwanya.

Dalam hantaran Rafizi,menurut Puad, selain berkempen untuk memberi pencerahan kepada rakyat, masa yang suntuk juga perlu digunakan untuk menyiapkan persediaan PKR menghadapi bencana banjir.

“Saya sedang uruskan dengan Sdr (saudara) Fahmi Zainol, Pengarah Sukarelawan PKR untuk melatih akar umbi PKR menghadapi banjir. Sementara sebahagian besar rakyat Malaysia bimbangkan banjir, hanya Umno dan presidennya yang tidak bimbang,” katanya.

 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru