Friday, December 2, 2022

Pesta Tatau 1 hingga 16 Oktober ini

Secara Rawak

BINTULU: Seramai 30,000 pengunjung dijangka hadir memeriahkan Pesta berlangsung  1 hingga 16 Oktober ini di Pasar Lama Tatau dan Tebingan Sungai Tatau.

Menteri di Jabatan Premier Sarawak Datuk John Sikie Tayai yang juga Adun Kakus pafa sidang media selepas Mesyuarat Penyelarasan Pesta Tatau 2022 di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Tatau berkata, Pesta Tatau 2022 menyajikan 31 acara serta pertandingan seperti  persembahan hiburan termasuk nyanyian artis tempatan.

Antara program diadakan ialah Bejalai Bebala Mayuh atau Niti Daun (Perarakkan Kebudayaan Suku Kaum) yang disertai pelbagai suku kaum seperti Iban, Melayu, Cina, Punan, Beketan, Orang Ulu, Vaie dan Tatau.

Turut berlangsung pertandingan Ratu Etnik Fest 2022, bot laju, perahu berhias, sukan rakyat, pameran mini dan Jualan Makanan Tradisional Tatau, pertandingan bermukun, Gendang Pampat dan sebagainya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru