Friday, December 2, 2022

Najib tidak terima layanan istimewa – Peguam Shafee

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: “Tidak, bohong semata-mata, langsung tidak berasas, ia adalah bilik standard bagi pesakit dalam kalangan banduan yang memerlukan rawatan sedemikian, itu yang diberikan kepada dia, saya sendiri melihatnya,” kata Peguam Datuk Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah pada Isnin.

Shafee ditemui media di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur semasa mahkamah berhenti rehat pada perbicaraan kes rasuah RM2.2 bilion Najib melibatkan 1Malaysia Development Bhd.

Menurut Shafee anak guamnya itu menerima layanan sama seperti banduan lain.

Shafee turut menolak dakwaan sesetengah pihak mengatakan Najib diberikan bilik kelas pertama di Hospital Kuala Lumpur (HKL) atau Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC).

Shafee berkata, keluarga Najib juga tidak dibenarkan membekalkan makanan kepada Najib kerana dietnya dipantau, disebabkan keadaan kesihatannya dengan tekanan darah masih tinggi.

Najib, 69, dimasukkan ke Penjara Kajang pada 23 Ogos lepas didapati bersalah, menyalah guna dana SRC International Sdn Bhd RM42 juta dengan hukuman 12 tahun penjara dan denda RM210 juta.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru