Friday, December 2, 2022

Menang loteri RM8.4 juta, tapi lelaki ini rasa tertekan

Secara Rawak

KERALA: Pemenang loteri biasanya gembira selepas mendapat wang dalam jumlah yang banyak, namun adakalanya ia juga boleh menyebabkan mereka berasa tertekan.

Baru-baru ini seorang pemenang loteri di India mendakwa dia tertekan selepas orang ramai berebut-rebut meminta wang loterinya.

Sebelum ini lelaki bernama Anoop, hanya terkenal dalam kalangan keluarga dan rakan-rakannya.

Anoop yang merancang menjadi cef di Malaysia, menjadi perbualan hangat selepas memenangi hadiah wang tunai RM8.4 juta (INR 15 crores) selepas potongan cukai.

Walaupun menjadi pemenang loteri, Anoop mengaku tidak gembira kerana mendapat panggilan daripada keluarga, rakan dan orang yang tidak dikenalinya meminta wang daripadanya.

Malah, dia turut ditawar watak utama dalam filem Malayalam jika dia sanggup membayar RM1,129,281 (INR 2 crores).

“Saya kini menjadi amat tertekan dan tidak boleh tinggal di rumah sendiri kerana sering dikepung orang ramai yang meminta saya menyelesaikan pelbagai keperluan mereka kerana saya memenangi hadiah pertama,” katanya.

“Saya kini terpaksa berpindah-randah gara-gara kehilangan semua ketenangan fikiran yang saya nikmati sebelum menang hadiah itu.”

Malah, dia turut menyesal memenangi loteri terbabit dan mengatakan dia berpuas hati jika hanya menang hadiah kedua atau ketiga, lapor Arynews.

“Rasa gembira kerana mendapat publisiti dan menang loteri itu bertahan sehari dua saja,” tambahnya.

Namun, sekarang saya rasakan memenangi hadiah loteri itu menyusahkan hidup saya sehingga menyebabkan saya rasa tidak selamat keluar rumah, katanya lagi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru