Saturday, December 3, 2022

Mansuh kuasa veto Majlis Keselamatan – Ismail Sabri

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menggesa kuasa veto Majlis Keselamatan PBB (UNSC) dimansuhkan.

Bercakap pada Perhimpunan Agung PBB (UNGA) Ismail berkata, tindakan itu merupakan langkah ke hadapan memastikan PBB kembali kepada asas pembentukannya.

Memetik Bernama, Ismail berkata pengkritik menyifatkan veto sebagai elemen PBB paling tidak demokratik dan merupakan punca utama tiada tindakan diambil terhadap jenayah perang serta jenayah kemanusiaan seperti dilihat dalam konflik berlarutan di Palestin, Myanmar, Ukraine dan sebagainya.

Dalam kenyataan pada UNGA ke-77 Jumaat lepas, Ismail Sabri menggesa kuasa veto UNSC dimansuhkan, selaras prinsip satu negara satu undi, selain menggesa organisasi utama PBB disusun semula.

Perdana Menteri menegaskan lima anggota tetap UNSC dengan kusa veto; China, Perancis, Rusia, Britain dan AS menggunakan kuasa tersebut untuk kepentingan sendiri, bukan kepentingan dunia.

Sebelum ini, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pernah menyuarakan pendirian sama berkaitan kuasa veto tersebut dengan menggesa penguasaan lima anggota tetap UNSC ditamatkan.

Pendirian Malaysia untuk menghapuskan kuasa veto ahli tetap UNSC itu turut dikongsi ramai anggota PBB.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru