Friday, December 2, 2022

Manfaatkan geran MRP sebaik yang mungkin

Secara Rawak

SELANGAU: Sebanyak 57 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) termasuk biro wanita rumah panjang di kawasan Dun Tamin menerima geran daripada Adunnya Christopher Gira Sambang.

Penyerahan geran disempurnakan pada Majlis Sambutan Kesyukuran di atas pelantikan Penghulu Chrisropher Chat di Rumah Adi George, Tinting Tapang Jalan Dijih Selangau pada Sabtu.

Geran keseluruhan membabitkan projek kecil luar bandar (MRP) daripada Gira itu berjumlah RM829,000. Dalam ucapannya, Gira mengingatkan penerima supaya menyimpan peruntukan itu dalam akaun JKKK masing-masing dan digunakan dengan sebaik mungkin.

Gira pada majlis samalam menyampaikan peruntukan kepada JKKK Rumah Adi berjumlah RM35,000 dan RM5,000 kepada biro wanita rumah panjang tersebut. Ceramah keselamatan dan pencegahan kebakaran turut dilangsungkan di rumah panjang tersebut.

Sementara itu, Gira memperuntukkan RM10,000 kepada Rumah Rose Tandang manakala Ahli Dewan Negara Rita Insol menyampaikan dana RM5,000 kepada rumah panjang sama.

Menurut Gira, sebuah balai raya bakal dibina menerusi Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) 2023 dianggarkan bernilai RM500,000 untuk manfaat penduduk setempat.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru