Saturday, December 3, 2022

Internet berkelajuan tinggi untuk warga Tanjung Manis

Secara Rawak

KUCHING: Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) membina dua menara projek Sarawak Multimedia Authority Rural Telecommunication (SMART) 300, fasa satu membolehkan warga sekitar Tanjung Manis, menikmati Internet berkelajuan tinggi pada Disember ini.

Rangkaian telekomunikasi stabil memudahkan penduduk di kawasan berkenaan mengamalkan ekonomi digital dengan menjalankan urus niaga dalam talian di kampung.

Kenyataan SMA turut memaklumkan penduduk Kampung Paloh, Kampung Kedang dan Kampung Berangan yang ditemui ketika Program Randau Pembangunan Sosial Bahagian Mukah baru-baru ini, semakin memahami konsep ekonomi digital yang dipelopori oleh Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru