Saturday, December 3, 2022

Dakwan kes culik kanak-kanak di kelantan tidak benar

Secara Rawak

KOTA BHARU: Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata dakwaan cubaan menculik kanak-kanak di pekarangan sekolah yang tular laman media sosial kebelakangan ini, didapati tidak berasas.

Beliau meminta rakyat khususnya warga siber agar menghentikan perbuatan menyebar dakwaan kes culik tersebut sehingga menimbulkan ketakutan dalam kalangan masyarakat.

Dalam kenyataannya, Muhamad Zaki berkata, PDRM khususnya di Kelantan menjalankan siasatan pada 22 dan 26 September lepas berkaitan isu penculikan di daerah Gua Musang, Kuala Krai dan Pasir Puteh dan mendapati “kesemua dakwaan berkenaan tidak menjurus kepada situasi cubaan membawa lari atau menculik kanak-kanak”.

Muhamad Zaki meminta orang ramai supaya merujuk sesuatu kejadian melalui sumber sahih supaya tidak berlaku kekeliruan.

Beliau berkata, tindakan boleh diambil mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan (mendatangkan kegusaran awam), yang boleh membawa hukuman penjara hingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara hingga satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru