Wednesday, November 30, 2022

Beberapa jalan di Kuching ditutup Ahad ini

Secara Rawak

KUCHING: Kementerian Pelancongan memaklumkan bahawa beberapa laluan utama di kawasan sekitar bandar raya akan ditutup sempena Kuching Marathon 2022.

Acara itu akan berlangsung  pada Ahad ini (2 Oktober).

“Kawasan yang akan ditutup hingga jam 8.00 pagi ialah Jalan Padungan, Jalan Tunku Abdul Rahman, Lebuh Temple, Lebuh Wayang, Jalan McDougall, Jalan Haji Taha dan Jalan P Ramlee.

“Manakala Jalan Main Bazaar, Jalan Market, Jalan Gambir, Jalan Gartak, Jalan Khoo Hun Yeang, Jalan Masjid, Jalan Barrack dan Jalan Wawasan akan ditutup hingga jam 9.00 pagi,” katanya dalam satu kenyataan.

Orang ramai dialu-alukan untuk menyaksikan Kuching Marathon pada Ahad ini kerana para pelari yang bertaraf dunia akan turut menyertai pertandingan tersebut.

 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru