Monday, December 5, 2022

Anggota IBET tangani rabies terdiri daripada pelbagai kaum

Secara Rawak

KUCHING: Kerajaan Sarawak secara berterusan menangani penularan wabak rabies, kali ini melalui Penubuhan pasukan “Immune Belt Enforcement Team” (IBET) pertama di Malaysia.

IBET dibekalkan dengan kenderaan serta kelengkapan canggih seperti dron membolehkan petugas menjalankan pemantauan terutama di lokasi pedalaman terpencil.

Selain membendung penularan rabies, IBET juga turut berperanan menjaga alam sekitar Sarawak.

Berucap pada Majlis Pelancaran IBET, Unit Keselamatan Dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS) di Dataran Perayaan, Jalan Stadium pada Isnin, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg kesemua petugas IBET merupakan anak watan Sarawak terdiri daripada pelbagai kaum dan berasal dari pedalaman Sarawak.

Menurut beliau, Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sentiasa bersikap adil dalam memberikan peluang pekerjaan kepada semua golongan rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan tempat asalnya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru