Wednesday, November 30, 2022

YB perlu tahu keperluan rakyat

Secara Rawak

MUKAH: Perkara nombor satu yang ahli politik kena tahu apakah yang rakyat mahu terutamanya keperluan dan kehendak rakyat.

Itu jelas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yakin faktor utama adalah keupayaan melaksanakan tugas sebagai ahli politik.

Katanya, tidak menjadi masalah jika media sosial seperti Tik Tok tidak dapat digunakan sebagai platform menyebarkan elemen politik atau mengumpul dana politik.

“Tidak menjadi masalah dan itu hal Tik Tok. Sama seperti kita masuk ke rumah orang, kita kena ikut dengan penuh adab dan sopan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai pengendali aplikasi Tik Tok yang merancang melaksanakan beberapa perubahan membabitkan akaun milik kerajaan, ahli dan parti politik selari matlamatnya membangunkan dasar menggalakkan persekitaran positif dalam kalangan pengguna.

Perubahan besar apabila Tik Tok akan melarang sebarang bentuk permintaan mengutip dana kempen politik serta unsur politik meskipun kini ia masih terpakai di Amerika Syarikat dan beberapa negara.

“Kita tiada masalah dan bukan satu undang-undang serius bagi mana-mana pihak. Kita hanya perlu akur dan jika masih mahu berpolitik, tidak hanya Tik Tok gunakan platform media sosial lain,” katanya ketika dihubungi Suara Sarawak kelmarin.

Jelasnya sebelum wujudnya sosial media ini perkara tersebut jelas tidak pernah berlaku.

“Situasi ini berlaku untuk kempen pilihan raya bagi tempoh singkat, sebab kita mahu minta sokongan orang ramai.

“Bagi saya dalam menarik sokongan pengundi tidak berlandaskan strategi tempoh singkat semata-mata, tetapi dilihat perkhidmatan yang kita beri kepada rakyat ,”jelasnya lagi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru