Wednesday, November 30, 2022

SRS: Bantu banteras penyeludupan migran

Secara Rawak

KAPIT: Skim Rondaan Sukarela (SRS) Kawasan Rukun Tetangga (KRT) mampu membantu membanteras aktiviti pemerdagangan orang dan penyeludupan migran menerusi rondaan yang dijalankan secara berkala.

Tujuan SRS ditubuhkan adalah untuk membantu pihak berkuasa membendung kegiatan jenayah di kawasan setempat selari dengan usaha membendung aktiviti pemerdagangan orang serta penyeludupan migran.

Pegawai Penerangan Daerah Kapit, Mohd Saufi Omar berkata, berdasarkan tujuan penubuhannya, SRS pasti dapat membantu pihak berkuasa dalam membanteras aktiviti tersebut.

“Aduan boleh dibuat dengan mudah, hanya dengan membuat panggilan ke 03-80008000, emel kepada mapo_tip@moha.gov.my atau di laman sesawang http:// mapo.bernama.com,” katanya ketika menyampaikan ucapan aluannya pada Program ‘Info On Wheels – MAPO’ di Rumah Rachman Nanga Semulong di sini.

Sementara itu, Wakil Residen Kapit, Rolyn Terrence Janting dalam ucapan perasmian menekankan agar orang awam tidak mudah terpengaruh dengan tawaran gaji lumayan bekerja di luar negara melalui media sosial serta tidak terpedaya dengan sindiket pemerdagangan manusia yang menggunakan modus operandi tersebut.

Rolyn turut berkongsi berkaitan penipuan dalam talian yang berleluasa ketika ini dan meminta orang ramai untuk lebih berhati-hati serta tidak berkongsi maklumat peribadi dengan orang yang tidak dikenali.

Sejurus selepas itu, pasukan SRS KRT Nanga Semulong turut mengadakan rondaan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru