Wednesday, November 30, 2022

Seorang lelaki maut, dua selamat dalam kemalangan kendiri

Secara Rawak

KUCHING: Seorang lelaki maut sementara dua lagi terselamat dalam kejadian kemalangan kendiri melibatkan sebuah kereta di Jalan Batu Kitang, di sini hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian kira-kira 1.17 pagi lalu mengerakkan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang ke lokasi.

Katanya, setibanya di lokasi, komander operasi melaporkan dua orang mangsa masih tersepit di dalam kenderaan manakala seorang mangsa berjaya dikeluarkan sebelum ketibaan pihak bomba.

“Pihak bomba bertindak memotong pintu bahagian penumpang hadapan untuk mengeluarkan mangsa pertama menggunakan peralatan khas sebelum mangsa pertama dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) menggunakan jentera EMRS.

“Kaedah sama turut digunakan untuk mengeluarkan mangsa kedua di bahagian tempat duduk pemandu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun, katanya, mangsa kedua disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan di lokasi.

“Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis di lokasi untuk tindakan lanjut,” katanya.

 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru