Saturday, December 3, 2022

RM28 juta naik taraf kemudahan SMK Agama Tun Ahmad Zaidi

Secara Rawak

KUCHING: Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan peruntukan sebanyak RM28 juta untuk menaik taraf kemudahan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Tun Ahmad Zaidi termasuk  pembinaan bangunan baharu, asrama dan kuarters guru.

Premier Sarawak menjelaskan pusat sumber berkonsepkan  bangunan pintar akan turut dibina, selain penyediaan bas sekolah dan dana untuk pembangunan modal insan yang berteraskan akademik, sahsiah dan kokurikulum.

“Prasarana lengkap untuk pembelajaran diperlukan bagi memastikan prosesnya berjalan dengan lancar,” katanya.

“Walaupun sekolah ini terletak di kawasan bandar, saya tidak tahu keadaan kuarters guru yang disediakan, jadi kita akan bangunkan,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Kesyukuran SMKA Tun Ahmad Zaidi di sini malam tadi sempena menyambut ulang tahun ke-30 sekolah berkenaan.

Abang Johari turut menekankan kepentingan mempelajari dan menguasai pelbagai bahasa terutamanya bahasa Inggeris kerana ia dapat membantu generasi muda pada era digital.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru