Friday, December 2, 2022

Pilihan raya berasingan lonjakkan kos lebih RM2 bilion

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Pembubaran Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) secara berasingan akan menyebabkan perbelanjaan pilihan raya akan mencecah dua kali ganda sehingga RM2 bilion sekali gus boleh memberikan ‘impak’ kepada proses pemulihan ekonomi negara.

Menurut Utusan Malaysia, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, peningkatan sekali ganda itu sudah pastinya berlaku kerana lebih RM1 bilion perlu dibelanjakan untuk proses berkenaan.

Menurutnya, situasi tersebut dilihat boleh mempengaruhi keputusan orang ramai khususnya pengundi luar sama ada mahu pulang dua kali atau sebaliknya bagi menjalankan tugas tersebut.

“Jika pilihan raya berlaku dua kali (parlimen dan DUN berasingan) tumpuan akan lebih diberikan kepada politik berbanding ekonomi kerana semua pihak mahu berkempen, memasang poster dan berceramah.

“Sedangkan kita mahu selesaikan pemulihan ekonomi yang merupakanm perkara paling penting ketika ini selepas melawan Covid-19 pada tahun sebelumnya,” selepas diminta mengulas desakan sesetengah pihak yang mahu Dewan Rakyat dibubarkan tahun ini bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan sebelum musim tengkujuh semasa ditemui pada Majlis Penyampaian Sumbangan Pelajar Cemerlang di sini hari ini seperti dilapor Utusan Malaysia.

Pas sebelum ini menegaskan, tiga buah negeri di bawah pentadbiran parti tersebut iaitu Terengganu, Kelantan dan Kedah tidak akan membubarkan DUN meskipun kerajaan Pusat membubarkan Parlimen.

Ketiga-tiga negeri itu akan memerintah sehingga habis penggal.

Sementara itu, empat buah negeri – Sabah, Melaka, Sarawak dan Johor pasti tidak akan mengadakan pilihan raya masing-masing kerana baru mengadakannya baru-baru ini.

Sementara itu, kalangan tertentu dalam Umno mahu PRU-15 diadakan pada tahun ini, manakala PH mahu ia diadakan pada tahun depan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru