Tuesday, November 29, 2022

Pesta Tasik Biru 2022 lonjak sosioekonomi masyarakat

Secara Rawak

BAU: Pesta Tasik Biru 2022 mampu melonjak sosioekonomi penduduk setempat melalui usahawan, pertanian, makanan dan kraftangan.

Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai dan Laut) Datuk Henry Harry Jinep berkata, penganjuran pesta yang berusia 72 tahun itu bukan hanya sekadar pesta namun ia merupakan program unik dan kebanggaan rakyat di daerah ini.

Malah katanya, ia merupakan platform yang bertepatan bagi penduduk setempat untuk mengetengahkan bakat dan produk masing-masing melalui jualan barangan, makanan dan sebagainya.

“Pesta Tasik Biru 2022 yang berlangsung selama 10 hari akan menerapkan konsep pelancongan Sarawak iaitu budaya, kembara, festival dan makanan (CAFF) yang bertepatan dengan visi daerah ini iaitu Greater Bau 2030.

“Tahun ini jawatankuasa pengelola membawakan elemen kelestarian dan pelancongan bertanggungjawab dalam aspek penganjuran,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Pesta Tasik Biru 2022 dan Majlis Penyerahan Surat Hak Milik Tanah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri Bagi Dun Tasik Biru, di sini Jumaat.

Beliau berkata, sejumlah 14 memorandum persefahaman ditandatangani antara jawatankuasa pengelola dengan agensi kerajaan negeri, agensi kerajaan persekutuan, pihak swasta iaitu Tecktonic and Sons Holdings Sdn Bhd, kelab rekreasi dan kelab sukan dan badan bukan kerajaan dalam penganjuran Pesta Tasik Biru.

Henry yang juga Adun Tasik Biru berkata, pesta tahun ini dipecahkan kepada enam kluster penganjuran iaitu pelancongan bertanggungjawab, kelestarian pelancongan, sukan warisan rakyat dan keutuhan belia, klutser kebudayaan khazanah komuniti, kluster Bau kitchen food heaven dan kluster pemangkin masyarakat.

Dengan pelbagai aktiviti dianjurkan dalam tempoh 11 hari tersebut, beliau menjangkakan 60,000 menghadiri pesta tersebut.

Dalam pada itu beliau berkata, sejak lima tahun yang lalu, Daerah Bau terdiri daripada empat kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) iaitu Opar, Tasik Birux Serembu dan Batu Kitang telah mengalami perubahan landskap yang ketara.

Katanya, ia melalui pelbagai projek pembangunan antaranya di bawah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) dengan pelbagai kemudahan infrastruktur telah dibina dan dinaiktaraf untuk kemudahan rakyat.

“Di bawah Kerajaan Sarawa rumah ibadat dengan membina dan menaik taraf rumah- rumah ibadat Kristian, Buddha dan agama lain selain Islam melalui dana dibawah Unifor,” ujarnya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru