Saturday, December 3, 2022

Pelancongan: 126 acara mampu jana RM734 juta

Secara Rawak

SIMUNJAN: Sektor pelancongan negara dilihat bertambah baik sepanjang tempoh enam bulan pertama tahun inisepanjang tahun ini. dengan menyasarkan 126 acara perniagaan.

Menurut Datuk  Sri Nancy Shukri yang juga Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya acara berkenaan mampu memberi pulangan RM734 juta dalam usaha memulihkan sektor pelancongan di negara ini.

Jelasnya, sepanjang enam bulan pertama tahun ini, negara telah menerima kehadiran seramai 3.21 juta pelancong.

“Perbelanjaan dalam negara yang direkodkan oleh pelancong asing mencecah RM 9.35 billion.

“Jumlah kemasukan pula menghampiri sasaran kementerian iaitu seramai 4.5 juta pelancong dengan nilai perbelanjaan sama,”katanya ketika berucap pada perasmian Festival Citrawarna, Kesenian dan Kebudayaan Simunjan 2022 malam tadi.

Dalam pada itu, katanya, program voluntourism yang dilaksanakan MOTAC sejak September 2012 itu telah melibatkan pendaftaran seramai 14,165 sukarelawan meliputi pelbagai peringkat umur dan latar belakang.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru