Friday, December 2, 2022

Lelaki panjat menara transmisi selepas isteri enggan pulang dari rumah ibu bapa

Secara Rawak

GANIYARI: Penduduk kampung Ganiyari baru-baru kecoh selepas pemuda bertindak memanjat menara transmisi kerana marah dengan isterinya yang enggan mengikutnya pulang.

Pemuda bernama Horilal itu datang ke rumah mentuanya untuk membawa isterinya pulang, namun hasratnya dihalang oleh bapa mentuanya.

Gara-gara kecewa dan berang, Horilal memanjat menara setinggi 75 kaki untuk memberi tekanan kepada mentuanya.

Polis yang tiba di tempat kejadian memujuk lelaki itu agar turun, tetapi tidak berjaya.

Bagaimanapun, apabila polis memberi jaminan mereka akan menghantar isterinya pulang, Horilal akhirnya turun dari menara tersebut.

Selepas turun dari menara, polis Bhilai membawa Horilal ke balai polis.

Keluarga mentuanya turut dipanggil ke balai polis untuk disoal siasat.

Sehingga kini, tidak diketahui mengapa bapa mentua Horilal enggan membenarkan anak perempuannya pulang mengikut suaminya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru