Friday, December 2, 2022

Lelaki cemas “gila” diganggu tupai semasa mesyuarat dalam talian

Secara Rawak

Gelagat lelaki yang diganggu tupai semasa menyertai mesyuarat secara dalam talian. Permulaan klip video menunjukkan lelaki duduk di kerusi mengikuti mesyuarat secara dalam talian.

Dia menoleh ke kiri sebaik sahaja terdengar bunyi dan mula tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya dengan mesyuarat.

Seketika kemudian dia mengambil kayu besbal dan bangun dari tempat duduknya.

Dia kelihatan seperti bersiap sedia memukul sesuatu.

Sebaik sahaja naik di meja, seekor tupai melompat di bawah meja.

Dalam panik dan lelaki itu cuba memukul haiwan tersebut, namun tupai itu lebih pantas melarikan diri.

Semua aksinya dapat dilihat oleh rakan-rakannya dalam talian sekali gus
mengundang gelak ketawa mereka.

Segelintir netizen memberi komen mereka tidak pernah melihat seseorang yang begitu takut dengan tupai.

https://www.instagram.com/p/Cixr95jhlTH/

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru