Saturday, December 3, 2022

Kos kendalikan PRU-15 lebih RM1 bilion

Secara Rawak

KUCHING: Kos untuk mengadakan PRU-15 dianggarkan melebihi RM1 bilion, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)

“Ini lebih sekali ganda dianggarkan sebanyak RM500 juta untuk PRU-14 pada 2018 dan hampir tiga kali ganda sebanyak RM400 juta dibelanjakan untuk PRU-13,” kata SPR seperti dilapor The Star, hari ini.

Jelasnya, agensi itu juga perlu menambah sumber manusia kepada lebih daripada 100,000 orang untuk mengendalikan pilihan raya itu.

Jumlah untuk  PRU akan datang ialah 366,000 untuk PRU akan datang berbanding 260,000 pada PRU lalu.

Peningkatan dari segi kos dan sumber manusia, katanya adalah berpunca daripada peningkatan jumlah pengundi baharu susulan pelaksanaan secara automatik Undi18.

“Sehingga 16 Ogos, sejumlah 21,160,936 pengundi berdaftar diwartakan berdasarkan senarai yang disahkan pada Julai,’ jelasnya lagi.

Katanya, terdapat 9,600 pusat mengundi pada PRU-15 berbanding 9,100 pada 2018. 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru