Wednesday, November 30, 2022

Jom sokong produk pelancongan Malaysia

Secara Rawak

KUCHING: Rakyat Malaysia perlu memberi sokongan terhadap sektor pelancongan tempatan, kata Datuk Seri Nancy Shukri.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) berkata demikian ketika ditanya persediaan kementeriannya menghadapi kemungkinan kelembapan ekonomi di Malaysia, pada tahun 2023.

“Ini merupakan masalah global, bukan sahaja di Malaysia.

“Oleh itu, kita di peringkat kementerian ingin memastikan rakyat terus menyokong sektor pelancongan tempatan untuk memulihkan dan mengukuhkan ekonomi,” katanya.

Nancy juga berharap agar aktiviti pelancongan di Sarawak, khususnya dapat dijadikan lebih menarik pada masa akan datang.

“Terutamanya penduduk di kawasan luar bandar, kerana terdapat banyak aktiviti yang boleh diteroka, seterusnya menjana pendapatan mereka,” katanya.

Nancy turut meluahkan harapan agar penduduk di kawasan jagaannya mampu menjana pendapatan dalam aspek tertentu seperti gastronomi dan seni kreatif.

“Kita mahu rakyat bersedia dalam sektor pelancongan. Pada masa sama, kita juga mahu lebih banyak pelancong datang membelanjakan wang di negara kita,” tambahnya.

Terdahulu, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata negara mesti bersedia bukan sahaja dengan kemungkinan kelembapan ekonomi tahun depan. “

Tahun 2023 akan menjadi tahun yang mencabar.

Apa yang berlaku di Amerika Syarikat, China dan Eropah akan memberi kesan yang besar kepada ekonomi global, termasuk Malaysia.

Beliau juga menambah bahawa Bajet 2023 kali ini perlu merangkumi langkah-langkah untuk membantu mengurangkan kelembapan ekonomi global yang akan datang.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru