Saturday, December 3, 2022

Covid-19: Sebanyak 51 orang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU)

Secara Rawak

KUCHING: Sebanyak 1,924 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam, termasuk 76 kes di Sarawak.

Ini menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,830,214.

Jumlah kes aktif sebanyak 25,278, turun empat peratus berbanding 14 hari lalu.

Sementara itu, kata KKM sebanyak tiga lagi kematian dilaporkan, dengan satu kes mati di luar hospital membabitkan Selangor (2) dan Kedah (1).

Sebanyak 36,348 kematian akibat Covid-19 direkodkan sejak virus maut itu dikesan di negara ini pada Mac 2020.

Seramai 1,089 pesakit Covid-19 sedang menerima rawatan di hospital dengan 51 orang di Unit Rawatan Rapi (ICU). 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru