Wednesday, November 30, 2022

Bajet 2023: Utamakan rakyat luar bandar Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berharap Kerajaan Persekutuan memberi keutamaan kepada kawasan luar bandar Sarawak dalam pembentangan Bajet 2023 dijangka berlangsung 7 Oktober ini.

Jelasnya, kawasan luar bandar negeri ini masih memerlukan anjakan ekonomi serta prasarana yang lebih baik bagi membantu meningkatkan apa yang dilaksanakan di bawah Kerajaan Sarawak sebelumnya.

“Semestinya harapan kita bajet nanti memberi keutamaan kepada kawasan luar bandar kerana masih ramai rakyat memerlukan prasarana dan anjakan ekonomi melalui bajet tersebut selain apa diatur oleh Kerajaan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Bajet 2023 semasa ditemui pemberita dalam sidang media Program Pesta Regatta Batang Kayan 2022 di Tebingan Lundu, di sini baru-baru ini.

Tegas Abdul Karim, tiada apa yang lebih penting daripada melebihkan kesejahteraan rakyat dalam perbentangan bajet itu kelak. Beliau pada masa sama percaya, Sarawak sebagai negeri terbesar di Malaysia akan memerlukan peruntukan yang lebih besar bagi melaksanakan pembangunan secara keseluruhan.

“Saya tidak akan dapat untuk campur tangan tapi saya percaya sebagai negeri terbesar dan luas, Sarawak memerlukan bajet yang agak besar untuk membangunkan keseluruhan negeri.

“Berbanding dengan Perlis, Melaka, Sarawak tidak dapat disamakan, perlu berbeza,” katanya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru