Friday, December 2, 2022

Astaka padang bola sepak siap sepenuhnya

Secara Rawak

SELANGAU: Skim Sekuau dekat sini menerima peruntukan RM150,000 untuk membina astaka padang bola sepak.

Berita gembira itu dimaklumkan Adun Tamin Christopher Gira Sambang dalam satu catatan di media sosial kelmarin.

Menurutnya, ia adalah salah satu projek pembangunan infrastruktur di kawasan Dun Tamin dan kini sudah siap dilaksanakan.

“Projek ini dilaksanakan Kerajaan Sarawak menerusi Program Transformasi Luar Bandar (RTP) melibatkan peruntukan sebanyak RM150,000.

“Untuk makluman semua projek meratakan tapak padang bolasepak ini siap pada tahun 2020 yang dilaksanakan dibawah peruntukan RTP tahun 2020 berjumlah RM100,000,” katanya.

Beliau berkata, projek RTP tersebut sudah siap sepenuhnya dan akan diserahkan kepada agensi pelaksana Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak.

“Astaka yang lengkap dengan kemudahan elektrik ini memberi manfaat kepada penduduk untuk menjalankan aktiviti bersukan dan menyatukan rakyat,” ujarnya.

Gira berkata, selain aktiviti bersukan dan menyihatkan badan, ia juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan pada masa sama menerapkan disiplin dan integriti dalam kalangan belia disamping mencungkil bakat baharu.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru