Wednesday, November 30, 2022

28 kerusi PH akan terlepas kepada Umno, Pas

Secara Rawak

KUALA LUMPUR:  Bekas ahli jawatankuasa PAS  Mohd Khairuddin Aman Razali menjangka sekurang-kurangnya 28 kerusi parlimen PH akan terlepas kembali ke tangan sama ada Umno atau PAS menerusi MN dalam PRU-15 nanti.

“Maka tidak pelik perancangan dibuat untuk membakar jambatan MN.

“Jambatan MN yang mula terbakar menjadikan PH bernafas kembali. Agenda untuk memecahkan MN sentiasa berjalan,” katanya melalui satu hantaran di media sosial.

“MN telah melakar sejarah kesatuan kalangan umat Islam dalam dua parti politik terbesar Melayu Islam. Kehadiran MN menakutkan PH untuk berhadapan PRU ke 15,” kata Khairuddin lagi.

Beliau berkata, percikan api pertembungan antara PAS dan Umno sangat mudah merebak.

“Hanya dengan sedikit minyak, api menjadi marak kerana mereka telah bertembung selama 45 tahun sejak 1978.

“Ahli PAS dan Umno perlu berhati-hati dengan agenda perpecahan ini,” kata Ahli Parlimen Kuala Nerus  yang mengumumkan keluar PAS pada Mac lalu.

Semalam Pengerusi PN Tan Sri  Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa BN ialah musuh utama mereka pada PRU-15.

Katanya, perkara itu dipersetujui oleh semua parti komponen dalam PN.

“Apabila tiba masa PRU15 diadakan, maka PN didukung Bersatu, PAS, Gerakan, Star dan SAPP, akan gerakkan semua jentera kita,” jelasnya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru