Wednesday, November 30, 2022

2,271 surat hak milik sudah diserah

Secara Rawak

BAU: Sebanyak 2,271 surat hak milik Tanah Adat Bumiputera (NCR) di bawah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri di Dun Tasik Biru diserahkan kepada pemilik sejak tahun 2018 sehingga kini.

Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai dan Laut) Datuk Henry Harry Jinep berkata, penyerahan surat hak milik tanah oleh Kerajaan Sarawak membuktikan bahawa ia adalah kerja yang berterusan dan bukan gimik pilihan raya.

“Program pengukuran kampung dan pengeluaran surat hak milik tanah bagi tanah NCR oleh Kerajaan Sarawak adalah sesuatu yang berterusan

“Program ini dilaksanakan tanpa prejudis terhadap pilihan politik individu kerana Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) adalah ikhlas mahu memastikan hak rakyatnya terhadap tanah mereka dilindungi di bawah undang-undang melalui pemberian surat hak milik tanah,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Pesta Tasik Biru 2022 dan Majlis Penyerahan Surat Hak Milik Tanah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri Bagi Dun Tasik Biru, di sini Jumaat.

Majlis penyerahan disempurnakan oleh Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan.

Sebanyak 305 surat hak milik tanah Seksyen 18 diserahkan kepada 78 penerima dari Kampung Senibung di bawah inisiatif baharu NCR, 126 penerima dari Kampung Barieng Singai di bawah inisiatif baharu NCR dan 101 penerima dari Kampung Skibang di bawah penyukatan Kampung Tradisi.

Justeru Herny yang juga Adun Tasik Biru berkata, segelintir pihak yang mengkritik bahawa penyerahan surat tanah NCR adalah gimik pilihan raya adalah tidak berasas.

Katanya, ia dibuktikan dengan tujuh program penyerahan surat hak milik tanah sebelum ini iaitu pada Mei 2018 di sebanyak 306 surat hak milik tanah NCR di Estet SALCRA Jagoi.

Ia diikuti tiga program penyerahan pada tahun 2019 iaitu 636 surat hak milik NCR tanah di Kampung Sudoh, Singai pada Januari 2019 dan 285 surat hak milik NCR di Dewan Suarah Bau dan 579 surat hak milik tanah NCR di Dataran Krokong pada Disember 2019.

Sementara katanya, sejumlah 132 surat hak milik tanah NCR diserahkan pada 6 September 2020 di Kampung Tanjung Poting manakala yang terkini, 305 surat hak milik tanah NCR diserahkan di Pesta Tasik Biru.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru